Wednesday 14 August 2013

3 Keperluan Bagi Seorang Affiliater


Dalam apa jua keadaan, perlua ada persiapan. Begitu juga dalam affiliate. Persiapan bagi seorang
affiliater terdiri daripada kemahiran dan juga peralatan yang diperlukan dalam membantu aktiviti
pemasaran yang dijalankan.

Mustahil bagi seorang affiliate untuk berjaya tanpa keperluan-keperluan
yang secukupnya. Macam nak pergi berperang, tiada ilmu, tiada senjata. Sudahnya tumpas di medan
peperangan. Jadi, apakah yang diperlukan bagi seseorang affiliate?




Keperluan Pertama: Laman Web Untuk Setiap Produk Affiliate.

Anda perlu menyediakan laman web untuk setiap produk yang anda promosikan. Ia juga dikenali
sebagai squeeze page atau landing page. Antara teknik yang selalu di gunakan oleh super affiliate
adalah membentuk squeeze page yang berfungsi untuk mengumpul list.


Pada squeeze page tersebut, sediakan review untuk produk tersebut supaya bakal pembeli faham serba sedikit mengenai produk tersebut sebelum di bawa ke halaman utama.


Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendidik mereka mengenai kebaikan produk yang anda jual
melalui pemasaran email. Taktik ini selalu berkesan dan anda boleh guna mailing list yang anda ada
untuk promosi produk terbaru lain yang mempunyai fungsi yang sama.


Dalam amalan kebanyakan affiliater di Malaysia, konsep review lebih digunakan. Blog atau forum
dijadikan sebagai ruang untuk membuat review produk yang dipromosikan dan di akhir artikel
diletakkan pautan untuk ke laman jualan tersebut. Tentu sahaja cara ini lebih mudah dan biasanya
lebih berkesan dalam mendapatkan prospek berpotensi.


Keperluan Kedua : Laporan Percuma Untuk Di Berikan Kepada Pelawat Atau Pembaca.

Keperluan kedua bagi seorang affiliate adalah mempunyai laporan percuma untuk di berikan kepada
pembaca yang melawat laman web promosi anda. Seperti yang saya terangkan pada keperluan
pertama, untuk menarik pembaca untuk lebih tahu mengenai produk yang anda jual, anda perlu
menyediakan laporan percuma supaya pelawat anda tertarik untuk menjadi subscriber anda.


Seperti laman web, anda perlu menyediakan laporan percuma spesifik mengikut produk yang anda
promosikan. Memang agak leceh, tetapi inilah yang di lakukan affiliate professional. Selepas itu,
anda promosi secara besar-besaran melalui pemasaran email. Biasanya pembeli akan membuat
keputusan selepas menerima email ke tujuh dari anda.


Namun, lagi banyak anda menghantar email, lagi banyak potensi produk anda akan laku. Anda perlu
berhati-hati dengan jarak masa bagi setiap penghantaran email. Lakukan perkara ini, hantar 4 kali
email dalam seminggu. Tiga email mendidik dan satu email memikat pelanggan anda untuk membeli
dari anda. Ini dinamakan konsep 3G1T.


Ketiga : Berkebolehan Untuk Mendapatkan Trafik Yang Banyak Ke Laman Web Anda.

Salah satu cara untuk meningkatkan trafik anda adalah dengan melakukan pengiklanan sama ada
dalam bentuk pay per click, pay per view , iklan teks, iklan banner dan beberapa jenis pengiklanan
yang lain. Untuk menarik trafik secara percuma anda boleh gunakan laman sosial seperti twitter,
facebook dan youtube.


Bagi yang mahir dengan SEO, anda boleh menarik pelawat dari engin carian. Ada bermacam cara
untuk menarik trafik dan di antaranya adalah pemasaran artikel. Setiap minggu, anda tulis 2 artikel
dan menhantar artikel tersebut ke beratus-ratus direktori artikel. Jangan lupa untuk dapatkan
backlink atau linkback dari direktori yang anda lawati.


Dengan meneruskan penulisan anda, anda boleh menarik sekurang-kurangnya 100 pelawat setiap
hari. Melakukan tugas promosi dengan berterusan akan memberikan anda pelawat yang konsisten.
Untuk melakukan tugas ini, yang paling penting adalah promosi.


Jika promosi anda effektif dan konsisten, peluang anda untuk meletakkan link affiliate anda di dalam ruang pertama google engine search adalah tinggi dan pasti anda akan dapat jualan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen,pendapat dan cadangan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...