Monday 6 August 2012

Bagaimana kita melihat Ramadhan?

Assalamualaikum..

Saban tahun kita menyambut Ramadhan,kadangkala kita tidak menghargainya.Kita menganggap Ramadhan ini sekadar rutin tahunan.Janganla kita mengambil Ramadhan sekadar adat.Tiba Ramadhan,berpuasa.Tiba Ramadhan ,menjaga itu dan ini.Tiba Ramadhan,ibadah dipertingkatkan.Tiba Ramadhan,bertungkus-lumus menghabiskan seluruh al-quran dan berbuat kebaikan.Tetapi selepas Ramadhan,kita masih kita yang sebelum masuk Ramadhan.

Sebaliknya,kita perlu melihat bahawa Ramadhan ini titik perubahan.Kita solat terawih bukan semata-mata ini adalah bulan Ramadhan,tetapi untuk mebina kekuatan,agar kita mampu melaksanakan banyak solat sunat pada bulan yang lain.Kita menghabiskan membaca satu al-quran bukan kerana ini adalah bulan puasa tetapi untuk mendidik kita agar pada bulan-bulan yang lain kita dapat membiasakan diri dengan membaca al-quran.Kita memperbanyakkan membuat kebaikan bukan kerana ini adalah bulan puasa tetapi adalah untuk menjadikan kebaikan itu ibarat nafas kita,agar mudah dilaksanakan pada bulan yang lain.

Kita harus melihat bahawa Ramadhan adalah bulan tarbiah,bulan yang mendidik kita.Oleh kerana itu,bagi orang yang memandang serius bulan Ramadhan sebagai bulan latihan,dia akan mempertingkatkan dirinya,mereka akan bermula semenjak rejab lagi untuk bersedia mengumpul segala peluang yang ada di dalam Ramadhan.Mereka masuk Ramadhan dengan jiwa yang benar-benar bersedia,penyerahan hati yang menyeluruh untuk diri di didik dengan Ramadhan.

Kesimpulannya,janganla kita biarkan Ramadhan pada kali ini barlalu begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen,pendapat dan cadangan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...